Bukan wang dan barang kemas yang dilarikan tersebut yang saya marahkan.
Sesungguhnya barang kemas tersebut adalah maruah saya. Semuanya adalah hadiah perkahwinan saya kepada isteri 15 tahun yang lalu. Selepas itu saya tidak pernah lagi membelikan beliau sebarang barang kemas. Jadi, bila semuanya hilang, siapapun akan marah.
Pada hari kejadian, 3 orang anak saya terbiar seharian. Yang kecil berusia 6 bulan, kakaknya berusia 3 tahun dan abang mereka 5 tahun. Ketiga-tiganya terguling kelaparan ditinggalkan dari pagi.
Memang tak berhati perut manusia ini.
Inilah bahan yang tersiar dalam KedahLanie.

No comments:
Post a Comment